Assalammualaikum
warahmatullahi wabarakatuh pembaca sekalian hehe~ Haiii, apa khabar semuanya..
Sebagai ahli blogger personal yg baru, saya ni Dayang Nurkhairiah. Berusia 18 tahun lagi tp tahun dpn dh 19 !yeayy~ tak underage lagi haha..
Anyway, saya sekarang sambung belajar kat Universiti Putra Malaysia..tp bkn
dekat Serdang tu ea, tp kat Bintulu ,Sarawak. Actually berdekatan je dgn rumah
saya > Kuching hehe..Bidang yang saya ceburi ni Diploma Perniagaantani a.k.a
Diploma in Agribusiness cewahh..okayy ,sebenarnya kan saya ni dah ada personal
blogger tp lupa password lps tu lama dah saya tak buka aduiii...kasihan terbiar
mcm tu je..terpaksa lah saya buat baru atas sebab – sebab tertentu. Back to the
story, untuk pengenalan saya nak cerita sikit ttg diri saya.. tak kisah kan?
Memang kebiasaan org buat cmtu kan ~
Family saya ni ada 5
org je. Sepatutnya ada 6 org tp abang saya yg sulung tu dah meninggal dunia.
Mak cakap sebab jantung dia berlubang. Ada hari tu kan, saya ada ternampak
sijil kematian arwah abg saya. Ternyata, dia meninggal waktu saya dh nk keluar
dari perut mak saya. So dalam hati mak saya mungkin kesedihan je and mungkin
dia tak fikirkan sgt pasal saya. Roommate saya pulak kata sebaliknya. Dalam
kesedihan terlahirnya kegembiraan. Takde sorang ibu pun yg tak sayangkan
anaknya. Dia cakap saya ni pengubat luka di hati mak saya. Kadangkala mak saya
tu mmg irritating & annoying sebab dia suka buat perangai dkt saya tp ada
hari tu bila mak bersikap caring dan bertanggungjawab. Walaupun saya selalu
bergaduh dgn mak dulu, tp dalam hati, saya tak nk mak saya tinggalkan saya.
Susah sgt bagi saya nak meluahkan rasa syg kat mak. Terlalu susah disebabkan
ego yg tinggi. So, while you still have your mom, please be grateful that Allah
didn’t take them away from you.Okay, while we are on the topic, let me
introduce my lovely and cutey mom. Nama dia Syarifah Rosinah binti Wan Hamid.
Org kampung yg sgt berani even malam – malam pun tak takut gelap tak lah macam
saya yg penakut ni hehe. Mak saya ni seorang yang ceria sgt. Manja tu banyak
especially dia bercakap dgn abg – abg saya. Suka sgt ckp pasal abg saya. Saya
pun penat mendengarnya. Biasalah kan. Dia
rindu sebab tu suka crita pasal diorang. Demand mak saya ni mmg terlalu tak
terhad. Perempuan mmg cmtu tp mak saya lebih lagi. Aaaa kepada bakal – bakal
menantu mak nnti, kene pandai melayan mak tau sebab dia suka bercakap. Hahaha
ni dia mak saya yg photogenic tu.
Then, saya nk kenalkan
ayah saya yg selalu cheerful and suka buat lawak dekat kami adik – beradik.
Nama dia Abang Othman bin Abang Zainorin. Ayah saya ni bila dekat dpn org, muka
dia agak garang hahah..dia tu tak pandai sgt nak express diri dia..Terlalu
pendiam, pendengar yang baik.. Dia ni mmg ayah yg terbaikkkk! Ayah sanggup
lakukan apa je untuk membesarkan anaknya sampai dah kat university ni.. Even
abg saya yg dh bekerja tu. Bila kami ada masalah, mesti dia bantu especially
dalam kewangan hahah.. Kami ni tak lah kaya sgt tp kami ni hanya hidup bersederhana
sahaja hehe.. Happy jgk tauu~ Masalah tu mmg ada. Itu tandanya Allah syg kat
kita.. Sayangilah ayah tau sebab dia lah insan yg mendidik kita menjadi org yg
berguna sampai sekarang.
Arwah abg saya tu nama
dia Abang Abdul Rahim. Kalau boleh nk sgt saya critakan pasal dia. Malangnya,
Allah dah ambil dia sebelum saya dilahirkan lagi. Mungkin ada hikmahnya. Umur
dia meninggal waktu tu masih lagi 6 tahun. Jika dia still here, umur dia dah 25
tahun. Nasib baik dia sempat melihat dunia. Nampaknya, Allah lebih sayangkan
dia. Takpe la kan hehe sebab dia dah tenang dekat syurga Allah yg lebih indah
dari dunia.
Okay, abg yg second ,
Abang Mohammad Ridhwan. Dulu, dia ni lah satu – satunya abg yg saya tak suka
sgt. Everytime saya bertengking dengan mak, mesti dia dulu yg marah kat saya
sampai saya menangis. Ada sekali tu dia marah sgt sehinggakan dia amik kerusi
pastu pukul saya. Tapi nasib baik ayah saya sempat meredakan keadaan. Kecik –
kecik dulu mesti budak2 tak suka dgn nasihat. Dia ni suka bagi nasihat, dalam
bentuk sindiran haaa~ terasa lagi kalau cmtu. Bila dah besar ni, baru saya
sedar sikit tujuan dia berbuat cmtu. Dengan cara kekasaran lah berkesan lagi
dari kelembutan bila nak marah saya hahaha..Sekarang kan, dia ni agak caring
dgn saya. Saya suka bgtau masalah dkt dia jgk pastu mengadu lah.. Dia org yg
bertanggungjawab dan mungkin agak pemalas. Seorang yang amat simple. Waktu dia
balik Kuching, masa tu dkt airport, sekali tgk pakaian dia mmg simple gilerrr..
Pakai selipar pastu T – shirt dan seluar pendek. Dalam kepala otak saya, tak
sejukkkk ke kapal terbang tu. Pelik punya abang haha.. Abg saya ni tempat manja
mak. Apa mak saya minta, semua abg saya tunaikan. Sebab tu lah mak tu manja and
syg sgt dkt abg. Umur dia 24 and bekerja offshore kat Miri tu. Otw nk kahwin
tahun dpn hehe comel tau tunang dia. Kecil – kecil cili padi. Dia pendek tapi
abg saya tinggi so saya nmpk mcm sweet sgt hehe.. and one more thing , jangan
pulak hairan kalau saya tak pernah panggil dia abg. Cuma panggil dia Wan je
haha
Next brother is Abang
Ahmad Afiq. Dia ni agak susah nk describe. Umur dia je yg dekat sikit dgn saya,
20. So dia je yg sempat saya bertemu ketika sekolah menengah. Dari pandangan
saya, dia ni friendly sgt and suka mengarah saya macam Wan tu. Pastu, perangai
dia ni pun mcm unknown je lah. Hahaha dia ni mcm bnyk rahsia sgt. Waktu sekolah
dulu, dia tak berapa sgt nk layan saya tp dkt rumah bkn main. Dulu abg saya ni
sekepala dgn saya. Sekarang dia agak lain. Puberty kot ~ Kadang – kadang dia ni
caring la jgk. Suka tanya pasal pelajaran saya then hidup saya dekat Bintulu
ni. Sebab sebelum ni saya sorang je tak pernah belajar keluar dari Kuching. One
word je saya dapat describe kan perangai dia, MYSTERY! Satu lagi perkara yg
saya jealous dekat dia. Dia pandai masak especially cake. Saya lagi tak pandai
masak. Org yg ajar saya masak maggi dulu pun si Afiq ni.
Itu saja lah salasilah
keluarga saya hahah.. Kalau nak cerita pasal saya agak susah sikit sebab saya
tak tau sgt diri saya. Yg saya tau, saya ni agak clumsy, cepat menggelabah dan
nervous, ceria kadang2 then mungkin seorang yg pendiam sgt. Single but not
available haha okayla itu sahaja ~
Sori tau kalau ada salah
dan silap ketika saya berbahas dkt atas ni. And sori kalau tak minat haha saya
ni tak tau nak crita pasal apa. Hehe okay bye everyone. Selamat berjumpa lagi..
Nnti baca tau blog saya yg seterusnya iaitu tentang friendship. Persahabatan
saya dengan ALL IS WELL! Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
.jpg)






No comments:
Post a Comment